09 November 2020

ANNIVERSARY KE-11 - BCL TABUR BUNGA MAWAR DI PUSARA ARWAH ASHRAF



"Selamat ulang tahun," demikianlah tulis penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL ringkas sebagai kapsyen di sebuah entri yang memaparkan dirinya menziarahi pusara arwah suaminya, pelakon Ashraf Muslim dan memenuhinya dengan kelopak mawar sempena ulang tahun perkahwinan yang ke 11.

Pemergian suami tercinta pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung pastinya memberi kesan mendapat buat BCL. Sejak pemergiaan Allahyarham Ashraf, BCL sudah jarang memuat naik aktiviti atau foto terkininya.

Diruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa sayu melihat foto tersebut kerana tahun ini pasti berbeza buat Bunga. Netizen turut mengucapkan selamat ulang tahun dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada 2008 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Noah Aidan Sinclair kini berusia 10 tahun.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: