20 November 2020

UQASHA & KAMAL ADLI KONGSI FOTO MESRA BERPELUKAN - PEMINAT DOA LEKAS KAHWIN



Pelakon utama drama 'Perempuan Tanpa Dosa', Uqasha Senrose dan Kamal Adli menerusi laman Instagram masing-masing telah berkongsi foto mesra berpelukan bersama dan ia kini mendapat perhatian netizen.

Melihat pada foto yang dikongsikan, kedua-dua mereka dilihat tampil menyajikan foto mesra bersama dalam satu sesi fotografi. Pasangan yang khabarnya bercinta ini tampil menggayakan aksesori serta jam tangan dari sebuah jenama popular.

Kapsyen pada foto tersebut, masing-masing menulis kapsyen cinta dan dalam masa yang sama menyatakan ia merupakan quotes dari watak mereka dalam 'Perempuan Tanpa Dosa'.

Klik untuk gambar besar



Ini quotes Uqasha dari Lily: "A women who truly loves you will be angry with you for many things but will never leave you. – Lily," tulis Uqasha.

Sementara Kamal menyatakan ia quotes dari Rizal: "A man who truly loves you will never let you go no matter how hard the situation is. – Rizal," tulis Kamal.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mereka seakan teruja dengan entri yang dimuat naik oleh mereka. Malah, mereka juga dilihat setuju andai kedua-duanya disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Bahkan, wujud juga segelintir pihak seolah tidak terlepas menitip doa agar mereka segera menamatkan zaman bujang. Untuk makluman, kedua-dua pelakon ini mula meraih perhatian umum selepas menjalani penggambaran drama 'Perempuan Tanpa Dosa'.

"Tolong lah cepat kahwin," pinta salah seorang pengikutnya. - "Macam gambar pre wedding," teka salah seorang netizen. - "Masa gambar ini lalu, ingatkan dah bertunang," kata salah seorang warga net.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Uqasha Senrose & Kamal Adli

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: