20 November 2020

USAHAWAN KOSMETIK TOKAN DADAH - KHAI BAHAR AKUI DITAWAR JADI DUTA PRODUK



"Saya tak tahu mengenai pembabitan individu itu, tapi saya sedar mengenai gambar kami telah tular di media sosial. Saya baru saja menjadi duta untuk produk minuman susu berperisa keluaran syarikat itu.

"Foto tersebut diambil pada September lalu semasa perbincangan mengenai produk. Tentang isu lain saya tak tahu, saya hanya jalankan tanggungjawab.

"Itu pun masih belum buat kerja lagi sebagai duta sebab masih baru," demikian kata penyanyi Khai Bahar apabila dia terkena tempias apabila tular fotonya bersama usahawan kosmetik disyaki terlibat sindiket penyeludupan dadah jenis Methamphetamine yang baru-baru ini hangat diperkatakan.

Akui menjadi duta produk keluaran syarikat milik usahawan tersebut, Khai berkata dia tidak mengetahui pembabitan lelaki bergelar 'Datuk Seri' itu dengan sindiket berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Tidak terkesan apabila nama dan gambarnya dikaitkan dengan isu berkenaan, Khai berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada peguam mengenai kontraknya sebagai duta syarikat tersebut.

"Sama ada nak teruskan kerjasama dengan produk itu, saya serahkan kepada peguam sahaja. Sejujurnya isu ini tak ganggu kerjaya sebab saya hanya jalankan kerja sahaja.

"Apa yang berlaku boleh dijadikan pengajaran, mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum bersetuju menerima sesuatu tawaran kerja," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Khai Bahar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: