12 December 2020

AL-FATIHAH - IBU ZIELA JALIL KEMBALI KE RAHMATULLAH



Ibu kepada Datuk Ziela Jalil iaitu Fatimah, 70, telah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediaman pelakon dan penerbit terkenal itu kira-kira jam 1.15 petang Jumaat.

Terdahulu, Ziela ada berkongsi khabar duka pemergian ibu selain memanjatkan doa semoga arwah diampuni dan dirahmati menerusi InstaStories. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, pada jam 5.30 petang.

Sementara itu, Anak sulung Ziela, Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid seperti yang dilaporkan Berita Harian memberitahu, arwah nenek pergi akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Klik untuk gambar besar



"Arwah menghidap kencing manis, angin ahmar dan darah tinggi yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi. Kira-kira sebulan lalu, arwah pernah diserang angin ahmar," katanya seperti yang dipetik.

Julia turut menambah, ibunya cukup rapat dengan arwah nenek: "Sejak saya lahir, Mama menjaga nenek dengan baik. Arwah tinggal bersama kami. Mama dan arwah memang tidak dapat dipisahkan. Mama berbakti kepada arwah nenek yang persis Mama sifatnya," tuturnya lagi.

Takziah kami ucapkan buat Ziela sekeluarga. Al Fatihah.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ziela Jalil

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: