12 December 2020

UMIE AIDA SELAMAT TERIMA MENANTU PERTAMA: "ALHAMDULILLAH SYUKUR,..."



Pelakon Datin Umie Aida hari ini telah pun selamat menerima kehadiran menantu pertama apabila anak sulung, Danial Firdaus telah pun melangsungkan majlis pernikahan bersama gadis pilihannya, Hanis Zahira.

Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan ini telah pun bergelar suami isteri. Majlis pernikahan diadakan secara sederhana di Masjid Ibnu Mas'ud, Jalan Damai, Kuala Lumpur.

Berita gembira itu dikongsikan pekakon filem Dukun itu menerusi satu hantaran video pernikahan yang dikongsikan di Instagram. Sehinggga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 64,000 kali.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, beberapa momen sekitar turut dikongsikan adiknya, Betty Rahman di Insta Stories: "Alhamdulillah syukur, tahniah," ucapnya buat anak angkat pertamanya itu menerusi satu video pendek di Insta Stories yang dirakam bersama Erma Fatima dan Betty Rahmad.

Terdahulu, Danial dan Hanis mengikat tali pertunangan Jun lalu. Selain Danial, Umie mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhilmi dan Nur Aisya berusia setahun.









www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sandra Dianne

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: