06 December 2020

ANJURKAN MAJLIS CUKUR JAMBUL - FARAH NABILAH DEDAH WAJAH ANDRE OMAR



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Farah Nabilah memberitahu dia dan suami telah pun selesai menganjurkan majlis cukur jambul untuk anak pertama mereka, Andre Omar yang dilahirkan pada 22 Oktober lalu. 

Melihat pada foto yang dikongsikan, pelakon berusia 28 tahun itu yang lengkap mengenakan persalinan putih berkongsi momen indah sepanjang majlis sekaligus mendedahkan wajah anaknya, pada Sabtu.

"Assalamualaikum everyone! Today me, mommy & daddy dah habis pantang! & Today is my cukur jambul day," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi kegembiraan, ruangan komen pada foto tersebut turut dihujani pelbagai komen netizen. Rata-ratanya turut memanjat rasa syukur dan teruja melihat wajah comel Andre.

Untuk makluman, Farah mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang juga juruterbang, Mohamed Amirul Yunus pada Disember tahun lalu selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.



















www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Farah Nabilah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: