06 December 2020

"BAGI BUKTI SAYA PERNAH CAKAP TAK OPERATE" - VICHA TERKILAN DIFITNAH MENIPU ISU KURUS



Menerusi beberapa posting terbaharu di akaun Instagram, pelawak dan pelakon Vicha telah meluahkan rasa terkilan apabila dirinya menjadi mangsa fitnah netizen berkenaan dengan produk menguruskan berat badan.

Dalam entri yang dimuatnaik, kata Vicha, dia tidak pernah menafikan dirinya menjalani pembedahan pintasan usus (bariatric) seperti dakwaan netizen.

"Saya hanya kongsi #vichaweightlossjourney saya, terpulang korang nak guna produk apa pun, yang penting saya tak ada nak TIPU korang semua. Perjalanan saya semua ada dekat IG dari mula pembedahan sampai naik balik sampai turun balik jadi be smart guys.

"Yang jahat ni adalah bila kau buat pembedahan senyap-senyap lepas itu kau keluarkan produk dan claim yang kau kurus sebab produk tu. Itu serius jahat gila doh, kau tipu masyarakat untuk beli produk kau tapi nyatanya kau buat pembedahan.

Klik untuk gambar besar



"Jadi yang tengah ada masa boleh tengok perjalanan-perjalanan saya dari awal sampai sekarang okay. Yang penting @dr.mustafamt adalah doktor terbaik yang selamatkan hidup saya dari kencing manis kalau tak buat #gastricbypass pasti sekarang saya dah guna insulin.

"Terima kasih anda semua yang faham dan terika kasih juga untuk yang berfikiran negatif. Biarlah saya dengan Allah sahaja yang tahu macam mana perjalanan saya #vichagoesto99kg #vichaweightlossjourney," coretnya.

Tambah Vicha lagi, selepas ini dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap tuduhan melampau yang menjejaskan reputasi dirinya.



"Pandai kau dah block aku lepas tu kau komen dekat IG @dr.mustafamt, sebelum ni aku diamkan dulu tapi sekarang kau memang dah melampau fitnah aku macam-macam Tolong bagi bukti yang I pernah bersumpah dekat siapa-siapa yang I pernah cakap tak buat pembedahan.

"Di sebabkan hari itu aku tak ambil tindakan sebab kesian sekarang kau buat hal lagi, jadi sekarang saya akan ambil tindakan dan tak ada kata maaf untuk sekarang ni.

"Kau tengok saja apa yang kau buat kau akan bayar semua fitnah-fitnah kau," tulis Vicha yang sebelum ini berkongsi perjalanan penurunan berat badannya di akaun Instagram dengan hashtag #vichaweightlossjourney.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Vicha

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: