30 December 2020

BILA MIRA FILZAH & SUAMI TERIMA 'SILVER PLAY BUTTON' DALAM MASA 3 BULAN



Sejak pelakon dan pengacara Mira Filzah bernikah dengan Wan Emir Astar pada September lalu, rumah tangganya sering menjadi tumpuan ramai dan sering menjadi perbualan. Malah, Mira tidak lokek berkongsikan momen dengan suaminya di laman YouTube mereka.

Bagaimanapun ramai yang meluahkan kurang senang dengan perkongsian video pasangan ini. Meskipun begitu, Mira enggan ambil peduli dengan komen-komen negatif netizen dan tujuan dia memuat naik video di YouTubbe adalah ingin berkongsikan aktiviti harian bersama suami.`

Terbaru, Mira berkongsikan berita gembira apabila berjaya memperoleh 'Silver Play Button' setelah mengumpul lebih daripada 100,000 subscibers hanya dalam masa beberapa bulan sahaja.

Klik untuk gambar besar



Setakat ini sebanyak tujuh video dikongsikan di saluran YouTube diberi nama 'EmirAmirah' itu dan video kedua pasangan tersebut berjaya meraih sebanyak 1 juta tontnan.

Di perkongsian video tersebut, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan itu serta berharap mereka akan terus berkongsikan video-video menarik di masa akan datang.












www.myartis.com / Sumber & foto: Ohmymedia & Instagram Mira Filzah & Wan Emir Astar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: