28 December 2020

CIK B NAFI DIPERGUNAKAN OLEH AHLI ABC: "SAYA TAHU RAMAI NAK TENGOK SEBAB SAYA"



Semua sedia maklum mengenai anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang kini menjadi seorang pelawak dengan memasuki Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS 2) dalam kumpulan ABC yang turut disertai Chiwan dan Achok.

Mengungguli tempat pertama dalam MLS 2 pada minggu kedua, Cik B menafikan dirinya dipergunakan oleh dua ahli kumpulannya bagi meraih undian tinggi untuk persembahan kumpulan mereka, ABC.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, tiada istilah dipergunakan kerana dia juga ingin cuba menunjukkan bakatnya di hadapan penonton menerusi program secara langsung.

"Saya tahu ramai orang cakap nak tengok kumpulan ABC sebab saya. Saya tak rasa langsung dipergunakan oleh Chiwan atau Achok, sebaliknya kami saling tolong satu sama lain. Cumanya, nama saya sekarang tengah trending... itu yang menyebabkan kumpulan ABC ditunggu peminat.

Klik untuk gambar besar



"Saya memang dah lama kenal dengan mereka, kalau saya tidak bersama Chiwan dan Achok dengan kumpulan mana lagi yang saya nak masuk?" kata Cik B ketika ditemui media pada majlis sidang media selepas MLS 2 minggu kedua selesai bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jumaat lalu.

Pada persembahan minggu kedua itu, ABC mengumpul markah tertinggi menerusi sketsa Cik B meniru aksi dan gaya ibunya, usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

Mengulas mengenai persembahan itu, Cik B mengatakan ia adalah satu perkara yang sukar untuk meniru gaya ibunya yang sememangnya dikenali umum.



"Sebenarnya susah saya nak jadi mama sebab saya tak gedik, mama gedik. Jadi saya gunakan gerakan tangan yang mama selalu buat untuk timbulkan lawak itu selain bercakap dalam bahasa Kelantan (yang jadi identiti mama).

"Saya rasa tak susah untuk saya melawak dan saya hanya jadi diri sendiri sahaja di atas pentas. Mungkin orang gelak tengok saya sebab dari cara percakapan saya (yang spontan)," ujarnya.

Selain melibatkan diri dalam bidang lawak, Cik B baru sahaja keluar dengan single pertama berjudul 'Tolonglah' yang dilancarkan di laman YouTube baru-baru ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Cik B

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: