28 December 2020

SABRINA ALI SELAMAT NIKAHI BEKAS VOKALIS HANDY BLACK, WANJI



Pada pagi Sabtu lalu, pelakon Sabrina Ali telahpun selamat mendirikan rumah tangga dengan bekas kumpulan Handy Black, Wanji Aswandi.

Pasangan itu kemudiannya diraikan dalam satu majlis sederhana di Seksyen 16, Petaling Jaya pada sebelah petang dengan kehadiran 70 ahli keluarga dan teman rapat.

Wanji, 42, yang juga pengarah aksi lagak ngeri filem 'Bunohan' itu memberitahu, dia dan Sabrina sudah lama berkenalan mulai rapat sejak empat bulan lalu.

Klik untuk gambar besar



"Saya dah lama kenal dengan Sabrina sebab kami dalam industri yang sama. Kami mula rapat sejak empat bulan lepas dan akhirnya sudah sampai seru kami untuk berkahwin," katanya.

Ini merupakan perkahwinan ketiga Sabrina atau nama sebenarnya, Sabrina Ali Dad Khan. Hasil perkahwinan terdahulu, Sabrina mempunyai tiga cahaya mata iaitu, Ariyana, 12, Syed Aryan Khan, 9, dan Syed Adrian Khan yang kini berusia tujuh tahun. 


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: