28 December 2020

PU RIZ AKHIRNYA BERSUARA: "ALLAH AKAN MENYELESAIKAN SEGALANYA..."



"Dan ketahuilah bahawa Allah akan menyelesaikan segalanya dengan cara yang anda tidak pernah bayangkan..," demikian kata pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Riz yang akhirnya tampil bersuara dengan memuat naik status dimana sedikit sebanyak dapat dikaitkan dengan isu yang terpalit antara dia dan pelakon dan pengacara Noor Neelofa.

Sebelum ini, tunang kepada selebriti terkenal itu hanya memilih untuk mendiamkan diri berhubung kontroversi tersebut. Kira-kira jam 11 pagi tadi, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 25, dilihat telah memuat naik sebuah kata-kata hikmah ataupun 'quote' menerusi ruangan Instagram Storynya.

Tulisan bahasa Arab yang turut mempunyai terjemahan Bahasa Inggeris itu mempunyai maksud yang mungkin dapat difahami peminat yang sedang mengikuti perkembangan perhubungan antara dua personaliti ini.

Klik untuk gambar besar



Dalam perkembangan lain, pada malam Ahad yang lalu, Neelofa telah tampil menjawab spekulasi yang timbul antara dia PU Riz selepas ianya semakin hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Neelofa dalam siaran IGTV di Instagramnnya telah menjelaskan bahawa segala dakwaan yang dilemparkan netizen kepada dia dan PU Riz seperti kononnya mereka telah bernikah secara sembunyi serta fitnah-fitnah yang berlegar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.

Di akhir siaran langsung itu, Neelofa telah memohon doa daripada peminat agar urusan dan perhubungan antara mereka berdua baik-baik sahaja dan turut memberitahu bahawa keluarga kedua belah pihak kini sedang mencari titik persetujuan bagi masalah yang sedang dihadapi kini.









www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram PU Riz & Noor Neelofa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: