15 December 2020

DITEGUR PASAL ANJING BLACKIE - UMIE AIDA SURUH NETIZEN BELAJAR & FAHAM HUKUM



Pelakon Umie Aida sebelum ini ada berkongsi kisahnya menjaga seekor anjing jalanan diberi nama Blackie di media sosial. Menerusi platform yang dikongsikan akaun My Forever Doggo, Umie berkongsi ceritanya membela Blackie sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun, tindakan Umie itu telah membuatkan segelintir pengikut berasa kurang senang. Walau bagaimanapun, tegas Umie, dia hanya memberi makanana kepada anjing tersebut.

"Bagi makan anjing yang lapar maknanya saya bela anjing? Dalam Islam kita kena berguru. Baru kita betul-betul faham hukum. Jangan kita ambik terus dari Internet. Maaf teguran saya," ujar Umie di ruangan komen.

Klik untuk gambar besar



Baru-baru ini, seorang netizen menegur pelakon filem 'Dukun' itu dengan mengatakan anjing boleh dibela sekiranya untuk di kawasan kebun: "Kak pun sama ikut lah Sunnah. Jangan bela anjing kecuali kalau nak jaga kebun. Ingat mengingatkan. Tahniah dapat menantu," tulis pemilik akaun @adzerbaijan.

Sementara itu, Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali ini memilih untuk memadam komen negatif itu daripada platform media sosial miliknya: "Saya dah padamkan komen dan block virus. Biat pengikut sikit, yang penting ikhlas dan jujur. Bukan ramai pengikut tapi penuh dengan virus," katanya lagi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sandra Dianne

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: