15 December 2020

NAFI CURANG - NADIA BRIAN SUDAH TAWAR HATI, MOHON SUAMI LAFAZ CERAI



Pelakon Nadia Brian tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan suaminya, Muizz Nasruddin yang dia curang dengan lelaki lain di sebuah hotel di Cyberjaya. Dakwanya suami Nadia, dia melihat dengan matanya sendiri kejadian itu. Menurut Nadia, dia tidak pernah curang dengan suaminya sepanjang perkahwinan mereka.

"Biar Allah saja tahu perkara yang sebenar. Mengenai curang saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya tidak curang sepanjang tempoh perkahwinan dengan Muizz," katanya yang memohon maaf tidak dapat menjawab panggilan atas urusan yang tidak dapat dielakkan sebelum ini.

Dalam pada itu, Nadia turut berkata, dia sudah tawar hati dengan suaminya dan berharap masalah rumah tangga itu dapat diselesaikan dengan cepat.

"Saya sudah tawar hati dengannya. Banyak juga kerenah Muizz yang tak dapat saya kongsikan demi menjaga aibnya. Saya harap di mahkamah nanti Muizz akan terus melafazkan cerai. Saya harap semua ini dapat diselesaikan cepat supaya masing-masing boleh teruskan kehidupan. Tak nak simpan perasaan dendam yang tak habis," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Nadia sebelum ini memberitahu Muizz memang sudah failkan perceraian di mahkamah dan mereka kini sedang menunggu tarikh untuk ke mahkamah.

Berhubung kenyataan Nadia, Muizz mengesahkan sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada 2 Oktober lalu selepas mendakwa melihat Nadia curang di depan matanya.

Muizz berkata, sekiranya dia terus berdiam diri dan tidak menceraikan isterinya, dia akan dianggap sebagai lelaki dayus. Isu pergolakan rumah tangga pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.

Untuk makluman, Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November tahun lalu.





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nadia Brian & Muizz Nasruddin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: