09 December 2020

EMMA MAEMBONG KONGSI GAMBAR PHOTOSHOOT - MATA KELABU ANAK CURI PERHATIAN



Aww ma baby @eslovestory first photoshoot with @yourstrulyphotography_kl 🥰," demikian kapsyen yang ditulis pelakon Emma Maembong pada gambar anak sulungnya yang pertama kali melakukan photoshoot.

Emma yang selamat bersalin pada 8 November lalu itu dilihat tidak lokek berkongsikan gambar-gambar bersama puteranya meskipun masih dalam tempoh berpantang, menerusi laman Instagram miliknya.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah keunikan mata anak Emma yang kini sudah mencecah sebulan itu berwarna kelabu dan ia mendapat pujian netizen. Kata netizen lagi, pasti apabila besar kelak memiliki rupa paras yang kacak.

Klik untuk gambar besar



Meskipun sudah mendedahkan wajah anaknya kepada umum, namun setakat ini Emma dan suami masih belum memaklumkan nama anak mereka.

Tetapi menerusi Instagram pelakon Aprena Manrose, dia seolah telah mendedahkan nama anak Emma apabila memanggilnya dengan panggilan 'Baby Shariq' ketika melawat mereka.

Untuk makluman, Emma dan Muhammad Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan berita kehamilannya ketika usia kandungan memasuki 4 bulan ketika mereka sedang bercuti di Langkawi.













www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Media Hiburan, Instagram Emma Maembong & Aprena Manrose

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: