09 December 2020

NORANIZA IDRIS AKUI EMOSI KELUARGA TERGURIS - MICHAEL ANG TOLAK BERSEMUKA



"Saya masih waras dan jarang melenting kalau benda yang menjadi isu, tidak berasas. Selama ini saya tidak bersuara, tapi selepas persembahan di pentas separuh akhir GV7, keluarga saya menghubungi saya dan ada yang menangis kerana terbaca kritikan Michael Ang.

"Jadi, apabila sudah mengguris hati keluarga, saya perlu bersuara dan kalau boleh saya nak bersua muka dengannya," demikianlah kata penyanyi Noraniza Idris yang mengakui apa komen yang ditulis pengarah dan pelakon, Michael Ang terhadap persembahannya di pentas separuh akhir Gegar Vaganza 7 (GV7), turut memberi kesan kepada emosi keluarganya.

Terdahulu, Michael menerusi Twitter ada memberikan komen terhadap persembahan Noraniza dengan mendakwa suara penyanyi itu sengau ketika membawakan lagu Hindi dalam saingan separuh akhir GV7, Ahad lalu.

Klik untuk gambar besar



Noraniza menjelaskan, dia pada awalnya dia tidak mahu bersuara, bagaimanapun apabila kritikan itu mulai mengguris hati keluarga, dia merasakan adalah perlu untuk bersuara. Noraniza berkata, dia juga ingin bertanya dan menimba ilmu daripada Michael Ang bagaimana untuk menaikkan Irama Malaysia di mata dunia.

"Matlamat saya apabila menyertai GV7 adalah untuk menaikkan semula Irama Malaysia dan membawanya ke pentas komersial. Tapi, dia nampaknya seperti nak saya jatuh.

"Jadi, saya nak berjumpa dengannya dan bertanya kalau-kalau dia ada idea terbaik untuk menaikkan Irama Malaysia. Mungkin dia ada idea bernas serta tips," katanya yang turut menafikan dia adalah artis yang tidak boleh menerima kritikan.



"Saya sentiasa menerima kritikan secara terbuka. Contohnya, setiap kali menerima jumlah markah daripada juri, saya akan berjumpa semula dengan juri dan bertanya apa kekurangan saya untuk saya perbaiki.

"Tapi, Michael ini adalah orang yang menulis kritikan dengan menggunakan perkataan yang tidak sesuai. Dia sebagai orang yang berpengaruh rasanya boleh menulis komen secara lebih berhemah. Komen-komennya umpama membuka ruang buat netizen lain untuk mengecam dan menjatuhkan orang," ujarnya.

Noraniza turut menjelaskan maksud perkataan 'mualaf' dalam satu status di akaun Facebook miliknya itu ialah, orang dari agama lain yang memeluk Islam dan dia tidak ada niat mempertikaikan keislaman Michael. Tambah Noranizam, dia juga sudah mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusannya untuk mengatur pertemuan dengan Michael, namun masih belum ada sebarang jawapan.



Sementara itu, Michael Ang menolak untuk berjumpa dengan penyanyi penyanyi lagu 'Dikir Puteri' itu yang ada meluahkan hasratnya untuk bersemuka. Michael ketika dihubungi berkata, pertemuan tersebut tidak akan memberikan sebarang manfaat lebih-lebih selepas Noraniza menyentuh mengenai status Michael sebagai mualaf.

"Kalau dia nak berjumpa dengan saya, tak ada masalah. Tapi, bila dia dah sentuh mengenai agama dan status saya sebagai mualaf, itu sudah keterlaluan. Jadi, saya rasa, tak ada sebarang manfaat atau faedah pun sekiranya pertemuan itu berlangsung," tuturnya.

Malah menurut Michael lagi, dia menulis pendapatnya di Twitter bukan sahaja mengenai Noraniza, tetapi semua bintang GV7 yang bertanding. Pentas akhir GV7 bakal bersiaran secara langsung Ahad ini di Astro Ria dan Ria HD dan Michael adalah pencipta dan pencetus idea untuk program berkenaan.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Noraniza Idris & Micahel Ang

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: