15 December 2020

FAYE SELAMAT LAHIRKAN 'BABY GIRL' SELEPAS SEMINGGU LUMPUH SEBELAH MUKA



Pelakon Faye Kusairi menerusi laman Instagram telah memaklumkan yang dia telah pun selamat melahirkan anak perempuan pada Ahad, selepas seminggu mengalami penyakit Bell Palsy atau lumpuh sebelah muka berpunca daripada kehamilan.

Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, memberitahu, dia dan anak keduanya itu berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas. Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan bayi berada dalam keadaan sihat.

"Saya akan berkongsi gambar anak bila sudah betul-betul bersedia ya? Buat masa ini izinkan saya dan bayi berehat sepanjang saya menjalani tempoh berpantang," katanya.

Faye juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya terutama selepas dia mendedahkan mengalami penyakit Bell Palsy iaitu kelumpuhan otot muka, minggu lalu.

Klik untuk gambar besar



Bell Palsy merupakan sejenis kelumpuhan pada sebahagian muka kerana saraf atau otot muka berhenti berfungsi. Antara simptom lazim akibat penyakit berkenaan adalah muka senget sebelah terutama mata dan mulut tidak simetri.

"Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell Palsy juga selama beberapa hari ini.

"Maaf, saya belum mampu nak balas semua komen mahupun DM (mesej peribadi). Saya akan cuba kongsikan perkembangan dari masa ke semasa (berkenaan penyakit tersebut) termasuk juga sepanjang tempoh saya berpantang nanti," ujarnya.

Pelakon drama '7 Hari Mencintaiku' itu berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 April 2017. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Faye Kusairi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: