15 December 2020

MV 'PELUANG KEDUA' RAIH 24 JUTA, 66 RIBU KOMEN - NABILA LUAH RASA TERKEJUT



Meskipun ada segelintir netizen yang kurang senang dengan nyanyian live penyanyi dan pelakon Nabila Razali, namun video muzik lagu 'Peluang Kedua' kini sudah meraih 24 juta tontonan selepas 3 bulan dilancarkan di laman YouTube.

Terbaru, perkongsian Nabila di Instagram miliknya menjadi perhatian ramai apabila penyanyi itu meluahkan rasa terkejut apabila muzik video lagunya itu menerima lebih 66,000 komen daripada netizen.

"66,895 COMMENTS!!! 😱😱😱 Komen awak yg ke brapa?" tulsi pelakon drama 'Biar Mereka Cemburu' itu.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Nabila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah serta memberikan komen positif dan memberi kata-kata semangat kepadanya agar meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi.

Dalam pada itu, ada yang suka melihat gandingannya dengan MK menerusi lagu tersebut dan berharap mereka akan bekerjasama lagi untuk lagu akan datang.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nabila Razali

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: