15 December 2020

TAHNIAH - AYU RAUDHAH & SUAMI BAKAL TIMANG ANAK KELIMA



Selepas mendirikan rumah tangga dengan pemain bolasepak negara iaitu Zaquan Adha, pelakon Ayu Raudhah dilihat lebih fokus dengan keluarga dan perniagaan.

Sudah lama rasanya tak dengar cerita tentang Ayu, tup-tup dia mengumumkan perkhabaran gembira sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36 apabila dia kini hamil anak kelima.

Ayu yang sudah pun mempunyai empat orang cahaya mata itu berkongsikan berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya ketika sambutan hari lahir bersama dan ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Klik untuk gambar besar



MY ENDLESS LOVE.. ❤️ @zaqone_08 #yesimpregnantagain😋 #ifeelloved #ifeelspecial #happy36thbirthdayayuraudhah," tulis adik kepada pelakon Rozita Che Wan ini.

Diruangan komen rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas rezeki zuriat kelima itu serta mendoakan agar proses kehamilan dipermudahkan.

Untuk makluman, Ayu Raudhah mendirikan rumah tangga dengan Zaquan Adha Abdul Radzak pada 21 Januari 2011. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser, 7 Muhammad Aisy Aryann, 6 Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Khaliq, 1.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Ayu Raudhah & Zaquan Adha

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: