21 December 2020

IKHWAN KHAIRUDIN SELAMAT BERNIKAH DENGAN PILIHAN HATINYA



Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Ikhwan Khairudin, 30, apabila dia selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Puteri Alia Fisol, 26, di Masjid Datuk Kumbar, Alor Setar, semalam.

Pada majlis itu, Ikhwan menyerahkan mas kahwin RM1884 dan lima dulang hantaran. Pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang. Manakala wang hantaran dirashsiakan.

Ikhwan berkata, majlis yang diadakan berjalan lancar walaupun dibuat dalam suasana normal baharu dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Selepas sah, Alhamdulillah, tanggungjawab sudah bertambah dan besar kerana sudah menjadi ketua keluarga. Sekarang apa-apa saja kena buat bersama. Dakui saya memang teruja.

"Kalau dahulu fikirkan diri dan keluarga sendiri, tapi sekarang nak fikir dua keluarga pula. Kalau nak balik kampung selepas ini pun kena bergilir juga. Apa pun, paling penting adalah persefaham dan toleransi," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Ikhwan, ibunya terlalu gembira apabila dia selamat bernikah kerana sudah lama menantikan perkara itu. Dalam masa sama, Ikhwan berkata, majlis sanding sebelah pihak lelaki ditunda pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

"Mak yang paling gembira sehingga menangis. Dia sentiasa berdoa supaya saya segera berkahwin. Alhamdulillah, ia sudah tercapai. Sewaktu salam dan peluk mak, dia pesan untuk menjaga dan didik isteri dengan baik.

"Selepas nikah semalam diadakan sekali majlis sanding sebelah pihak perempuan pada tengah hari. Sebelah lelaki pula kita tunda dulu dan tak bincang lagi tarikh.

"Sebab kebanyakan keluarga sebelah arwah ayah menetap di Kuala Lumpur yang mana masih zon merah. Jadi, terdapat halangan untuk merentas negeri," kata Ikhwan yang sebelum ini mengikat tali pertunangan dengan pasangannya pada 8 November lalu.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: