21 December 2020

NAZIM OTHMAN MAHU NETIZEN BERHENTI TANYA SOAL BILA NAK KAHWIN



"Sayang diri sendiri kini menjadi keutamaan. Jika kita disayangi orang lain, itu adalah bonus. Tetapi kuasa mencintai diri sendiri tidak ternilai," demikianlah tulis pelakon Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 35.

Setelah hampir dua tahun, sebelum ini Nazim pernah mengatakan pintu hatinya sudah terbuka untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua dan tidak akan putus berdoa agar dipertemukan jodoh.

Bagaimanapun, baru-baru ini menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nazim meminta agar mereka di luar sana supaya berhenti bertanyakan dirinya mengenai soal jodoh atau pun hal perkahwinan.

Klik untuk gambar besar



Nazim berkata dia mahu menyayangi dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mempunyai pasangan hidup. Ujarnya, sayangi diri sendiri adalah perkara penting sebelum menyayangi orang lain.

Terdahulu, Nazim mendirikan rumah tangga bersama dengna pelakon Bella Dally pada 10 September 2016 namun mahligai rumah tangga mereka hanya mampu bertahan dua tahun sebelum bercerai pada Mei 2018.



www.myartis.com / Sumber & foto: BeautifulNara & Instagram Nizam Othman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: