21 December 2020

MICHAEL ANG & NORANIZA IDRIS TAMPIL MOHON MAAF BERSAMA



Umum sedia maklum mengenai isu yang melanda antara penyanyi Noraniza Idris dengan pengarah dan pelakon, Michael Ang yang sebelum ini hangat diperkatakan. Namun baru-baru ini, mereka masing-masing dilihat memohon maaf secara terbuka berhubung isu tersebut.

Michael atau lebih mesra disapa Mike meminta maaf selepas Noraniza selesai membuat kemunculan khas semasa persembahan Shiha Zikir dan Wany Hasrita yang menyanyikan lagu etnik kreatif iaitu 'Hati Kama' dan 'Ting Ting'.

Menurut pengarah 'Sweet Dreams' itu, dia langsung tidak berniat apa-apa dan apa yang dikatakan jujur dari hati: "Mungkin bahasa saya terlalu kasar, jadi saya minta maaf sebab saya tak berniat apa-apa," katanya semasa siaran langsung AME 2020.

Pada masa sama, Ratu Etnik Kreatif itu juga mengatakan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk menerima kritikan namun apabila ia datang daripada Michael yang mempunyai pengaruh yang besar ia agak terkesan buat dirinya.

"Michael orang berpengaruh, jadi dah tarik semua netizen untuk katakan sesuatu yang tidak baik pada Kak Ani, Kak Ani sedih tau" balas Noraniza.

Klik untuk gambar besar



Noraniza yang popular dengan lagu "Dikir Puteri" itu juga meminta agar Michael selepas ini menggunakan perkataan-perkataan yang baik ketika beri komen pada seseorang.

Sementara itu, kedua-duanya turut membuat permohonan maaf dalam satu sidang akhbar khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi sewaktu berlangsungnya majlis Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020).

"Dalam peluang dan ruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Michael atas segala apa yang berlaku sebelum ini.

"Selepas ini saya akan pastikan peminat saya mengawal tutur kata dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sensitif seperti isu rasis," tutur Noraniza.


Sejurus permohonan maaf tersebut dibuat, Michael turut melakukan perkara sama dengan berbesar hati memohon maaf kepada Noraniza yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri.

Terdahulu, pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang berlangsung dua minggu lepas, Michael dilihat lantang memberikan komen persembahan peserta program berkenaan menerusi Twitter.

Nama Noraniza antara penyanyi yang sering mendapat kritikan pedas dan negatif daripada pengarah drama 'Perempuan Tanpa Dosa' ini. Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan Michael selepas tamat program berkenaan.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang pengguna Facebook menyentuh isu status mualaf Michael dan mempersoalkan tujuan utamanya masuk Islam kerana ingin mendapatkan simpati dan populariti.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Awani, Kosmo, Instagram Noraniza Idris & Michael Ang

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: