03 December 2020

MUAT NAIK FOTO SEKSI - NETIZEN SPEKULASI JANNA NICK PUTUS DENGAN KEKASIH?



Jika sebelum ini pelakon Janna Nick pernah dikritik apabila dia memuat naik fotonya memakai baju sukan ketika sedang berbasikal, terkini nama Janna kembali diperkatakan apabila ramai yang kurang senang dengan cara pemakaiannya lagi sekali yang dilihat agak ketat sehingga mengundang komen negatif.

Foto itu memaparkan Janna berada di sebuah gimnasium. Rata-rata komen ditinggal 'lelaki miang' memperkatakan tentang tubuh badannya. Malah, ada netizen mendakwa adakah Janna sudah putus dengan kekasihnya menyebabkan pelakon itu memuat naik gambar sedemikian.

Dalam pada itu, ramai yang menegur Janna untuk menjaga penampilan dan tidak memakai pakaian terlalu ketat. Tidak kurang juga ada menasihatinya untuk memakai pakaian longgar agar tidak menimbulkan sebarang fitnah.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, ada juga yang bertanya tentang hubungan cintanya bersama dengan pelakon Dini Schatzmann kerana jika dilihat di Instagram Janna, gambar kekasihnya itu sudah tidak kelihatan lagi.

Bukan mudah bergelar selebriti, segala tindak tanduk sentiasa diperhatikan lebih-lebih lagi mereka juga merupakan idola orang ramai yang sepatunya menunjukkan contoh baik, malah cara pemakaian juga pasti akan menjadi kritikan jika ianya serba tidak kena di mata netizen.


 

www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Hotfm & Instagram Janna Nick

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: