26 December 2020

PU SYED TAMPIL TEGUR TABIAT SUKA 'PRANK': "DAH KERING SANGATKAH IDEA KORANG..."



"Tabiat buruk, 'prank' isteri, rakam dan sebarkan untuk hiburan. Walaupun hanya sekadar hiburan dengan membuat 'prank' benda-benda mengarut kepada isteri sendiri, adakah ia bagus?

"Dah kering sangatkah idea korang sehingga sanggup dedahkan aurat isteri kepada khalayak?" demikianlah kata pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri yang tampil menegur tindakan personaliti media sosial yang disifatkan keterlaluan dalam menerbitkan kandungan untuk tatapan umum.

Menurut PU Syed, tindakan cuba bergurau dengan melakukan 'prank' kepada isteri sehingga melampaui batas agama semata-mata dipertonton adalah satu tindakan yang tidak wajar. Menurut PU Syed lagi, gurauan sedemikian yang boleh mendatangkan fitnah kepada diri dan agama perlu dielakkan.

Klik untuk gambar besar



"Kot ya nak berlibur, hati-hatilah sebab kita orang Islam ni, ada pantang larang dalam hidup, jangan main sondol sahaja. Ingatan terbuka ini bukan untuk Youtuber itu sahaja, tetapi buat kita semua," ujarnya.

Biarpun tidak menyebut secara jelas individu yang dimaksudkan, teguran tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan satu video oleh Youtuber yang melakukan 'prank' curang terhadap isterinya.

Video 'prank' berdurasi kira-kira 17 minit itu sudah meraih lebih 1 juta tontonan di youtube. Dalam video tersebut, isteri Youtuber itu dilihat bertindak meninggalkan rumah selepas merasakan tindakan 'prank' oleh suaminya itu keterlaluan yang tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan senda.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram PU Syed

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: