24 December 2020

SEDIH KENANG PEMBEDAHAN - MILA BERSYUKUR SUAMI KINI MAKIN PULIH



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, penyanyi dan usahawan Mila Jirin telah memaklumkan suaminya iaitu Isz Mustapha terpaksa menjalani pembedahan Arthroscopy, Selasa lalu.

Kongsi Mila, suaminya mengalami kesakitan di bahagian bahu ia sekaligus menyebabkan kesukaran buatnya untuk bergerak sejak dua minggu kebelakangan.

Mila yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 itu dilihat mengalirkan air mata kerana sebak mengenangkan suaminya yang perlu menjalani pembedahan atas masalah yang dialami.

"Suami saya memang sudah lama sakit bahu. Dua minggu lepas apabila berjumpa doktor, katanya otot pada bahagian bahu koyak dan ada masalah pada tulang. Saya pun tak berapa faham sangat.

Klik untuk gambar besar



"Doktor cakap bukan pembedahan major, minor sahaja. Tapi ya lah, perasaan seorang isteri itu lain. Kita nampak suami kita naik katil pergi dewan pembedahan pun dah rasa lain.

"Esok (semalam) ulang tahun kelahiran saya. Saya berdoa kepada Allah, saya tak nak apa-apa, saya cuma minta Allah beri kesihatan baik kepada suami saya, itu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu 'Persis Mutiara' itu menerusi platform sama berkongsi berita gembira apabila memberitahu suaminya kini kian pulih seterusnya menunjukkan reaksi positif selepas selesai menjalani pembedahan.



"Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang telah mendoakan suami saya. Alhamdulillah suami saya dah semakin pulih dan sedar. Semalam tangan dah boleh gerak sikit-sikit, terima kasih atas doa kalian.

"MasyaAllah saya tak tahu nak cakap macam mana, terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah syukur pada Allah," tutur penyanyi lagu 'Aku Lebih Tahu' itu lagi.

Untuk makluman, Mila atau nama sebenarnya Nursyarmila Jirin, 33, mendirikan rumah tangga bersama Isz pada November 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Arif Zikri yang kini berusia 3 tahun.








www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Mila Jirin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: