05 December 2020

SELEPAS 10 TAHUN 'BOTAK', MICHAEL ANG TANAM RAMBUT: "USTAZ KATA TAK HARAM..."



Pengarah dan penerbit, Michael Ang menerusi laman Instagram miliknya telah memaklumkan dia mengambil keputusan untuk menanam rambut dibuat selepas 10 tahun kepalanya 'botak'. Menurut Michael proses menanam rambut itu berjalan dengan lancar dan tidak mengalami sebarang ketidakselesaan.

"Sebenarnya dah lama nak tanam rambut iaitu selepas rambut di bahagian atas kepala saya semakin berkurangan. Sebelum bahagian botak itu lebih luas, saya pun mengambil keputusan untuk menanam rambut.

"Lagipun, sekarang masa yang sesuai kerana saya sedang bercuti rehat lebih kurang seminggu di rumah sebelum memulakan penggambaran drama baru. Proses menanam rambut mengambil masa selama 10 jam dan saya buat selepas diberi jaminan ia tidak menyakitkan.

"Ternyata ia tidak menyakitkan dan tiada rasa tidak selesa. Malah rupa saya pun tak berubah seperti selebriti lain yang pernah melakukan rawatan ini," katanya.

Terdahulu, Michael memuat naik sekeping foto yang menunjukkan bahagian kepalanya yang telah ditanam semula rambut. Kata Michael lagi, sebagai seorang yang beragama Islam dia ada meminta nasihat seorang ustaz mengenai hukum menanam rambut.

Klik untuk gambar besar



"Saya bersetuju untuk melakukan rawatan ini selepas ustaz itu memberitahu ia tidak haram dan dibenarkan. Rawatan yang saya lakukan tidak haram kerana saya hanya menanam rambut saya sendiri yang dicabut dari bahagian belakang kepala," jelasnya.

Michael berharap rawatan tersebut menjadi dan seperti yang dijanjikan ia akan menampakkan hasilnya dalam tempoh 6 bulan hingga setahun.

"Saya difahamkan, selepas sebulan rambut saya akan tumbuh dan rambut yang ditanam itu akan gugur sebelum tumbuh rambut baru dalam masa 6 bulan lagi.

"Siapa tak nak nampak sempurna, saya harap selepas setahun saya sudah boleh dapatkan rambut yang tumbuh sekata dan normal," tambah Michael yang bakal memulakan penggambaran pada 9 Disember ini untuk Mega Drama di Astro Ria berujudul 'Love Elsa'.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Micahel Ang

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: