20 December 2020

"TAKKAN ADA ROMBAKAN..." - PENERBIT AKUI AZMEER & JURI SFMM35 ANTARA YANG TERBAIK



"Bagi saya pertikaian yang timbul memang kita tidak boleh halang baik dalam kalangan netizen atau artis lain. Apa pun, keputusan sudah muktamad daripada juri. Kami tidak akan mengalah dengan desakan yang timbul.

"Setiap tahun kami memang hadap perkara sama. Cuma, edisi kali ini agak panas. Tapi, ingin ditegaskan ia tetap tidak akan ubah keputusan yang sudah dibuat. Segala keputusan memang diserahkan sepenuhnya kepada juri.

"Kalau mereka kata lagu itu tidak layak ke AJL, memang tidak bolah nak kata apa. Juri lebih tahu kerja mereka. Bagi pihak TV3 takkan ada rombakan.

"12 lagu tetap 12 lagu yang akan bertanding pada AJL35 nanti," kata penerbit Eksekutif Muzik Muzik 35, Nurhul Huda Khalid yang memaklumkan, pihaknya tidak akan tunduk dengan desakan netizen atau mana-mana pihak supaya menambah bilangan lagu atau memasukkan beberapa lagu yang didakwa lebih layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Klik untuk gambar besar



AJL35 yang bakal berlangsung tahun depan kekal dengan 12 lagu seperti yang diumumkan pada episod ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) baru-baru ini.

Ditanya mengenai pertikaian yang timbul membabitan pemilihan ketua juri yang juga komposer, Azmeer termasuk juri lain, Nurhul Huda berkata mereka adalah antara yang terbaik.

"Apabila isu finalis 12 lagu timbul, juri tidak ada cakap apa pun. Mereka pun ambil angin lalu saja. Sebab setiap tahun berlaku perkara sama, jadi memang tak boleh elak. Sebab itu pilih Azmeer selaku ketua juri kerana dia kalis kecaman, dapat tangani perkara ini dengan berhemah, kawal situasi, keadaan dan aspek penjurian.

"Lagi satu kena ingat dalam Malaysia ini nak mencari juri yang tidak ada kena mengena dengan lagu sekarang amat sedikit. Malah, kami juga sudah pernah mencuba juri lain. Juri ini pun antara yang terbaik selain pernah menang pada AJL. Itu pun kita ambil kira juga.


"Sekali lagi ingin dijelaskan, AJL bukan menjurikan lagu popular semata-mata, tapi banyak aspek diambil kira kerana ini pertandingan lagu. Disebabkan itu penjurian untuk lagu. Dalam erti kata lain, kena kembali kepada undang-undang asal," ujarnya.

Nurhul Huda berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menentukan 12 lagu yang layak ke AJL: "Mungkin ramai tidak tahu, terdapat penjurian awal sebelum lagu itu dicalonkan ke Muzik Muzik membabitkan 60 peratus. Kalau lagu itu mendapat markah kurang, memang tak boleh masuk. Kita pun ada sistem kerja.

"Selepas masuk dalam carta, barulah peminat mulai mengundi. Lagu yang dapat ke peringkat separuh akhir juga 100 peratus daripada juri. Saya tidak terbabit langsung atau mempengaruhi juri. Kenapa pula juri nak dengar cakap saya?

"Macam Hael Husaini yang ada tiga lagu, mungkin rezeki dia apabila kesemua lagu itu tengah 'pick up'. Apa pun, memang tak boleh puaskan semua orang. Ada suka, ada diam dan ada sedih. Insya Allah, pihak produksi akan cuba memberikan yang terbaik pada AJL35 nanti. Doakan kami," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: