13 December 2020

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-7 - CHE TA PILIH BERSANDING ALA KAMPUNG



Pelakon Rozita Che Wan baru-baru ini telah meraikan ulang tahun ketujuh perkahwinannya bersama pelakon Zain Saidin di Langkawi, Kedah, dalam suasana kenduri dan persandingan ala kampung dengan menggayakan busana songket tradisional berwarna hijau.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta itu telah berkongsi foto sekitar majlis tersebut. Berbicara mengenai majlis itu, Che Ta dihubungi berkata tahun ini memang dia memilih tema tradisional, berbaju songket dan suasana kenduri ala kampung.

"Selagi muka nampak elok dalam gambar, saya akan raikan ulang tahun perkahwinan bersama suami, Zain pada setiap tahun. Bajet saya untuk majlis kenduri persandingan itu tidaklah besar sebab, pakaian dapat tajaan daripada Man Kajang. Begitu juga dengan fotografer. Cuma, kos tertumpu pada sewa villa dan hidangan makanan.

Klik untuk gambar besar



"Tetamu pun tak ramai, cuma ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja yang ada kelapangan masa mereka menyertai percutian singkat itu. Tak lama pun, saya sekeluarga bercuti di Langkawi, dakam tiga hari," katanya.

Menurut Che Ta lagi, dia juga mengadakan majlis ulang tahun perkahwinan itu bukan untuk menunjuk-nunjuk bahagia dan kehidupan mewah. Katanya, ia sekadar untuk bergembira meraikan semula hari bahagianya bersama suami.

"Semua orang sebenarnya, boleh meraikan ulang tahun perkahwinan mereka mengikut bajet masing-masing. Bagi saya pula, majlis itu diadakan untuk meraikannya bersama keluarga setiap tahun.



"Ditambah, pada saya majlis itu umpama kita 'perbaharui passport' perkahwinan. Cuma, nampak meriahnya ia dirai bersama ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja," ujarnya.

Ujar Che Ta, memandangkan tahun ini negara berhadapan penularan Covid-19 dan sempadan ke luar negara di tutup, maka kesempatannya dapat meraikan ulang tahun perkahwinan di Langkawi pun sudah memadai.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain bernikah pada Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama 'Kiah Pekasam' pada 2009. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, enam tahun. Che Ta juga turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Rozita Che Wan & Zain Saidin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: