15 December 2020

USTAZ EBIT LEW LUANG MASA BAWA ISTERI 'DATING' KE LANGKAWI



"Dating dekat Langkawi dengan bidadari. Rindunya. Dah nak habis tahun 2020. Ujian berat covid 19. Tapi bila disisi orang kita cintai sayangi tetap terasa bahagia dan tenang. Sekejap je rasa.. pergi mana selalunya wanita diluar sana semua cakap kirim salam bidadari ustaz yer.

"Bidadari saya kata, kasihan abang penat jer, saya lagi kasihankan bidadari yang sentiasa berkorban buat suami, anak-anak dan ummah," demikianlah tulis pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang meluangkan masa bersama isterinya menikmati percutian di Pulau Langkawi, baru-baru ini.

Ebit yang berkongsi sekitar percutiannya itu menerusi laman Instagram berkata, dirinya berasa sangat bahagia kerana dikurniakan seorang yang isteri penyayang. Ebit pada masa sama berkongsi akan kecintaannya terhadap isteri tercinta.

Klik untuk gambar besar



"Duduk dengan bidadari abang terus hilang semua penat letih. Tengok muka orang kita cintai. Pegang tangannya. Semuanya jadi kebaikan. Benarlah kata orang dulu. Nikmat terindah didunia ini ialah isteri solehah. I love you sayang bidadariku. Best hotel westinlangkawi... Terima kasih cruise sea splash.

"Best selesa dan seronok sangat banyak perkara dapat buat dengan bidadari tercinta. Terima kaseh @seasplashlangkawi atas layanan dan pengalaman indah hari ini-ebitlew," tutur Ebit yang telah dikurniakan empat orang cahaya hasil perkongsian hidup bersama isterinya itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ustaz Ebit Lew

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: