02 January 2021

8 TAHUN BERKAHWIN - JEHAN MISKIN & ISTERI TAK SABAR MENANTI ANAK SULUNG



Selepas lapan tahun berkahwin, pelakon Jehan Miskin, 41, dan isteri, Julie Camelia Rhee Abdullah, 36, tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Jehan berkata, mereka sebenarnya tidak terfikir menimang cahaya mata sebelum ini sehinggalah Julie menyatakan hasrat mahu menjadi ibu tahun lalu.

"Sebenarnya masa mula-mula kahwin, kami tidak fikir sangat soal cahaya mata kerana kami bahagia berdua. Namun, memikirkan kami sudah lama bersama, kami terbuka hati dengan idea (anak) itu beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih selepas bapa saya meninggal dunia.

"Tiba-tiba isteri menyatakan keterujaan betapa gembiranya dia jika memiliki seorang anak tahun lalu. Alhamdulillah, dia terus hamil pada minggu yang sama," katanya.

Klik untuk gambar besar



Pelakon 'Qaisy & Laila' itu mengakui sangat terkejut dan bersyukur dengan berita gembira itu apatah lagi rezeki sampai dengan begitu pantas.

"Kami sebenarnya jangka usaha itu akan mengambil masa beberapa tahun. Namun, saya sangat bersyukur ia terus terjadi kerana saya pun sudah berusia 41 tahun.

"Lagipun, kami memang sudah bersedia untuk ada anak. Ia ibarat bonus kejutan di waktu pandemik ini memandangkan kita tidak dapat melancong ke luar negara," katanya.

Terdahulu, Jehan berkongsi kegembiraannya tidak sabar menjadi bapa pada September lalu. Dia mengumumkan Julie hamil dan berkongsi foto imbasan kehamilan itu. Dia mendirikan rumah tangga dengan wanita warga Korea Selatan itu pada 2013.









www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee Abdullah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: