02 January 2021

CETUS KONTROVERSI LAGI - KALI INI IQRAM BERPAKAIAN, BERKELAKUAN SEPERTI WANITA



Sudah lama kita tak dengar nama pelakon Iqram Dinzly yang sebelum ini hangat diperkatakan selepas pernah mencetuskan kontroversi kerana tampil berkelakuan aneh dan pelik di media sosial.

Selepas dia dilihat senyap seketika dan berita-berita tersebut kemudiannya lenyap dalam arus masa, terkini Iqram muncul kembali baru-baru ini dengan sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

Dalam video tersebut memaparkan Iqram memakai baju dalam berwarna hitam dan bertutur mengenai beberapa isu seperti rambut, kulit dan beberapa hal lain seakan-akan menunjukkan dirinya seorang wanita.

Klik untuk gambar besar



Pelakon berusia 39 tahun itu turut membahasakan dirinya sebagai 'sis bro' serta menari di samping menyatakan hasratnya untuk berenang sambil memakai baju renang 'bikini'.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan sama ada pelakon ini sakit dan perlu dirawat namun ada juga yang tampil memberitahu bahawa Iqram sebenarnya seorang yang normal apabila di luar dan gemar bergurau di media sosial.

Sudah lama tidak melihat Iqram di dunia seni, tidak dinafikan pelakon drama 'Dunia Baru' ini merupakan salah seorang aktor yang berbakat dan hebat dalam dunia lakonan. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat Iqram.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: