02 January 2021

MUAT NAIK FOTO TANGAN LELAKI, SUDAH TEMUI PENGGANTI? - INI JAWAB MAWAR KARIM



Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim baru-baru ini telah berkongsi gambar terbaru dimana memaparkan dirinya serta turut kelihatan tangan seorang lelaki misteri di akaun Instagram miliknya dan ia menjadi perhatian ramai.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya siapakan gerangan lelaki misteri itu dan hanya membiarkan peminat berteka-teki mengenai siapakah pemilik tangan tersebut.

Menerusi perkongsian tersebut, pengusaha tudung terkemuka itu turut menulis beberapa coretan serta azam baru sempena kedatangan tahun 2021.

"Dear 2021, I just wanna go on more adventures. Connect with a good people. Learn new positive things. And grow strong. Bye 2020. Happy New Year 2021. #happynewyear #2021 #newyear," tulisnya

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, di Insta Story Mawar ditanya adakah dia sudah temui pengganti bekas suaminya, ini jawabnya: "Tiada istilah pengganti dalam perhubungan. Bagi saya, bukan macam baju boleh tukar ganti. Dalam perhubungan bukan senang nak jumpa soulmate yang betul-betul ikhlas dengan kita kerana Allah".

Malah, ada juga di antara netizen yang bertanyakan adakah Mawar akan kembali bersama bekas suaminya itu. Bagaimanapun, Mawar menjawab soalan itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum. Mawar juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya selama ini.

"Maaf soalan itu terlalu peribadi saya tak boleh jawab. Benda dah lepas tak perlu dipersoalkan, diulang lagi. Terima kasih kalian yang sentiasa memahami saya. Wanita kena kuat dan terus survive. Hanya orang yang lalui fasa perkahwinan dan penceraian sahaja memahami apa yang dilalui," tuturnya lagi.

Untuk makluman, Mawar dan Fizo telah berkahwin pada November 2013 rumah tangga mereka hanya mampu bertahan selama 6 tahun apabila bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam kini berusia empat tahun.









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mawar Karim

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: