21 January 2021

AERIL ZAFREL DISAHKAN POSITIF COVID-19 SELEPAS JAGA PENGURUS DEMAM



Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel sebentar tadi telah memuat naik video di laman Instagram dimana dirinya sedang menjalani ujian saringan di klinik swasta. Dalam masa sama, Aeril memaklumkan khabar mengejutkan apabila dia disahkan positif Covid-19 dan dia menerima keputusan tersebut malam tadi.

Aeril berkata dia pergi menjenguk pengurusnya yang tidak sihat pada Isnin lalu, kemudian pada keesokan harinya dia dan pengurusnya ke klinik untuk melakukan ujian saringan dan disahkan positif malam semalam.

Jelas Aeril, dia kini sedang melakukan kuarantin kendiri di rumah dan seluruh ahli keluarga serta kakitangannya juga telah melakukan saringan.

"Assalamualaikum semua, malam tadi aku mendapat perkhabaran aku positive Covid-19. Hari Isnin.. aku pergi ke rumah p.a/manager aku sebab dia demam. So aku ke sana sebab kebiasaannya aku yang akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni.

Klik untuk gambar besar



"Jadi sebab hari pun dah lewat so aku decide untuk tidur sana. Selasa, esoknya aku angkut dia pegi clinic dan ambil swab test PCR sekali dgn aku. Lepas tu aku jumpa staff untuk briefing launching virtual online product hujung bulan ni dan aku balik rumah terus.

Rabu.. result keluar dan aku & manager positive. Immediately aku panggil @kumpulan_megaklinik_zahran untuk swab test family dan staff aku sebab ada jumpa dorang.

"Swab test RTK kesemua mereka negative dan masih menanti result PCR pulak. Doakan negative juga. Sekarang aku self quarantine dekat bilik atas.

"Nak isi masa 10 hari ni dengn macam-macam aktiviti kat bilik, doakan guys. Now manger aku tu dah recover and tak demam lagi. Tapi tetap self quarantine," cerita Aeril.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Aeril Zafrel

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: