21 January 2021

EDIKA YUSOF SAMBUT ANNIVERSARY KE-18, SETIA JAGA ISTERI LUMPUH



"I'm the luckiest husband to have you beside me. A wife like you is a blessing. I am thankful to Allah for having you. Happy Anniversary dear wife... #happyanniversary #18thyearsanniversary #alhamdulillah #syukurselalu #prayformoreyearstocome #edikayusofxx #edikayusof," demikianlah tulis pelakon Edika Yusof yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-18 bersama isteri.

Edika yang berkongsi momen tersebut menerusi laman Instagram itu menitipkan ucapan romantis bahawa dia merupakan suami yang bertuah kerana memiliki wanita sehebat isterinya di sisi.

Dalam video dikongsikan itu, isterinya bernama Hidayah sentiasa menguntum senyuman menyambut hari bahagia itu bersama suami tersayang dengan meraikannya secara sederhana, cukup dengan sebiji kek..

Klik untuk gambar besar



Kesetiaan pelakon itu masih diperkatakan apabila Edika sanggup berkorban untuk menjaga isterinya yang lumpuh selama 16 tahun. Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata.

Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua pasangan.

Edika yang sebelum ini pernah popular menerusi filem 'Maria Mariana' itu mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga isterinya, Norhidayah.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Nona & Instagram Edika Yusof

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: