13 January 2021

AMENG BERSYUKUR MASIH DIBERI PELUANG - MULA KENAL HURUF AL-QURAN DI USIA 42



"Alhamdulillah saya diberi peluang dan ruang oleh Allah S.W.T untuk saya mencintai Al-Quran. Di umur 42 tahun, saya mula mengenal huruf-huruf Al-Quran dan di saat itu saya berazam untuk menjadikan Al-Quran sahabat karib saya dan berazam untuk mempelajari ilmu / bacaan Al-Quran.

"Kalau saya boleh menghafal lirik-lirik lagu... tak akan saya tak cuba untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Saya tekad... Insya-Allah setiap niat baik kita kalau kita bersungguh-sungguh... Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan.

"Semoga segala amalan kita diterima NYA. Jadikan Al-Quran naskah wajib yang kita baca setiap hari. Jangan tinggalkan," coret penyanyi Ameng Spring yang meluahkan rasa syukur kerana masih diebri peluang untuk belajar mengaji dan mengenali huruf-huruf Al-Quran meskipun sudah berusia 42 tahun.

Klik untuk gambar besar



Ameng mendedahkan perkara tersebut menerusi satu posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Menurut Ameng, dia kini berazam untuk mempelajari ilmu dan bacaan selain cuba menghafal Al-Quran.

Terdahulu, Ameng sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk membuka kelas mengaji Al-Quran. Ameng juga turut berkongsi bacaan Al-Quran di laman Youtube miliknya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ameng Spring

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: