13 January 2021

"SAYANG SEPERTI IBU SENDIRI" - ANAK TIRI MOHON HENTI HENTAM, ZIELA JALIL BUKAN PERAMPAS



Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kisah pelakon dan penerbit drama, Ziela Jalil sudah berkahwin lagi secara diam-diam dan menjadi isteri kedua kepada seorang Datuk sejak tiga tahun lalu.

Sejurus pendedahan tersebut, individu dikenali sebagai Najwa menerusi akaun Twitter miliknya telah memuat naik ciapan memberitahu individu yang dimaksudkan itu adalah bapanya, pengerusi masjid Ibnu Mas'ud, Datuk Syed Osman Al-Habshee dan Ziela.

Dek kerana itu, ada segelintir netizen telah menghentam Ziela. Enggan isu berkenaan menjadi panjang, Najwa selaku anak tiri Ziela tampil memohon orang ramai berhenti menghentam ibu tirinya itu.

Menurut Najwa, Ziela bukan seorang perampas seperti mana yang diperkatakan oleh segelintir netizen. Malah katanya, dia dan adik-beradik menyayangi Ziela seperti ibu kandung mereka.

Klik untuk gambar besar



"Kami baik-baik saja dengan mama Ziela, kami menyayangi seperti ibu kami sendiri. Berhenti bercakap mengenai rampas la apala. Perkahwinan mereka adalah rahmat bagi kami. Ibu saya baik-baik saja. Dan berhenti menyerang mama kerana dia bukan perampas," tulisnya.

Dalam pada itu, Najwa melahirkan rasa syukur kerana dilimpahi dengan kasih sayang daripada dua orang wanita: "Betul, anak mana yang suka ada dua ibu? Tetapi Alhamdulillah Tuhan mengurniakan saya dua orang ibu yang cantik dan saya diberkati kerana keberadaannya.

"Kami dalam keadaan baik. Tak salah untuk kita kongsi kasih sayang dengan sekarang ibu tunggal yang banyak memberi semangat dan kasih sayang terhadap ayak kami," katanya lagi.

Untuk makluman, Ziela sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dan dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela turut mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ziela Jalil

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: