16 January 2021

BEBAS ISOLASI COVID-19 - IBU TERKEJUT TENGOK HARRIS ANNUAR MAKIN KURUS



Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 itu kini memaklumkan bahawa dirinya sudah menerima pelepasan daripada melakukan isolasi selepas disahkan bebas jangkitan wabak tersebut.

Harris yang merupakan bekas peserta Hero Remaja 2017/18 itu telah berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram, selepas 12 hari melakukan pengasingan kuarantin kendiri sejak 4 Januari lalu.

"Alhamdulillah Ya Allah atas segala dugaan ni. Insha-Allah ada manisnya selepas ini. Aku dah boleh keluar tapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pulak. Thank you for all your wishes and prayer. Sesudah Kesulitan ada Kesenangan #BangkitBotak #CovidFighter," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam entri berkenaan, Harris turut berkongsi surat pelepasan isolasi yang diterimanya dari Kementerian Kesihatan. Harris kemudian membuat kejutan kepada ibunya, usahawan Zaiton Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ton sebaik dibenarkan pulang ke rumah.

"Lamanya tak tengok, rindunya. Aboi (panggilan Harris) kurus gelap hitam, kenapa? Dah dapat surat pelepasan? Alhamdulillah, tapi Aboy kurus sangat, sudah ke duduk di luar? Kenapa?" tanya ibunya sebaik melihat kehadiran Harris di muka pintu.

Bagaimanapun, Harris menjelaskan kepada ibunya, kehidupannya baik-baik sahaja sepanjang tempoh kuarantin. Terdahulu, Harris disahkan positif Covid-19, selepas pulang daripada bercuti di Langkawi.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Harris Annuar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: