"My Bell's Palsy Recovery! Alhamdulillah.. a good total of 4 weeks suffered from Bell's Palsy and now dah sihat sepenuhnya! Apa yang saya praktik adalah ubat dan vitaman B12, fisio dan rawatan totok wajah secara consistent.
"Saya tak pergi buat akupuntur dan saya tak makan atau ambil atau pakai benda selain apa yang disarankan doktor," kata pelakon Faye Kusairi yang bersyukur apabila dia akhirnya kini sudah sembuh daripada penyakit Bell's Palsy selepas empat minggu mengalaminya.
Menurut Faye, selain makan ubat yang disarankan doktor oleh doktor, dia mendedahkan menjalani rawatan totok wajah secara kosisten. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Faye menerusi lamam Instagram miliknya.
Klik untuk gambar besar
Melihat pada entri berkenaan, Faye turut memuat naik rakaman video meluahkan rasa gembiranya itu. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum dengan semangat Faye untuk cepat sembuh.
Faye mula derita Bell's Palsy ketika dia sedang sarat hamil anak kedunya sehingga selamat bersalin. Untuk makluman, Faye mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aliff Azmi dan Asha Azmi.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Faye Kusairi
________________________

No comments:
Post a Comment