16 January 2021

ISU 'HUTANG' - ALOY PARADOKS BAWA OGY KE MUKA PENGADILAN: "JATUH BENCI PADA DIA"



"Perasaan saya pada dia dah jadi lain sekarang ni, saya dah sampai tahap jatuh benci pada dia. Semua janji-janji yang ditaburkan sebelum ini tak pernah dikotakan.

"Kalau saya dah benci orang itu, memang saya tidak akan hubungi dia. Tapi dia ada sahaja dalam group Whatsapp kami namun seperti biasa, dia hanya berdiam diri sahaja dalam tu.

"Memandangkan bayaran tunggakan untuk saya sebagai penulis skrip teater masih belum dia langsaikan, saya akan bawa perkara ini ke Mahkamah Tuntutan Kecil.

"Saya akan pergi berurusan sebaik sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir nanti," demikian ujar penulis skrip teater komedi 'Korupsi Dewan Semandung', Aloy Paradoks yang akan membawa isu 'hutang' ke muka pengadilan, selepas masih belum menerima bayaran tertunggak daripada seniwati yang juga penerbit teater itu, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Klik untuk gambar besar



Menurut Aloy atau nama sebenarnya, Nurul Asyikin Abd Hamid, 37, sehingga ke saat ini satu pertiga daripada 'gaji' tunggakannya masih belum dilangsaikan oleh Ogy.

Janji tinggal janji, Aloy atau nama sebenarnya Nurul Asyikin Abd Hamid,37, turut mendakwa Kak Ogy masih wujud dalam 'group' Whatsapp namun hanya memilih untuk berdiam diri.

Aloy memaklumkan bahawa akan membuat tindakan undang-undang iaitu Mahkamah Tuntutan Kecil usai sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.

Enggan terus 'dipijak', Aloy berkata dia harus menegakkan haknya dan memperjuangkan isu itu agar tidak ada orang lain akan menjadi mangsa selepas ini.


"Dulu saya masih bagi muka sebab saya hormat pada dia sebagai orang lama dalam industri. Tapi kali ini saya tak boleh mendiamkan kecurangan (perbuatan melanggar perjanjian yang telah dipersetujui) yang dilakukan agar orang lain tak terkena sama macam saya selepas ini," katanya.

Aloy kembali menaikkan isu tunggakan bayaran itu sehingga ciapannya di laman Twitter mendapat perhatian ramai: "PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bertemu PKP. Pelakon kesayangan anda semua Ogy Ahmad Daud, Alhamdulillah belum juga settle kan lagi bayaran upah saya menulis skrip Teater Korupsi Dewan Semandung. Dia memang handal" tulisnya.

Sebelum ini, Aloy pernah membuat laporan polis terhadap Ogy yang didakwa melanggar perjanjian pembayaran di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur pada 21 Jun tahun lalu.

Teater komedi seram, 'Korupsi Dewan Semandung' yang diterbitkan oleh Ogy Ventures & Network itu dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac tahun lalu. Teater arahan Khir Rahman ini dibintangi oleh Man Raja Lawak, Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.


www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: