19 January 2021

BEREHAT DARI DUNIA SENI TERMASUK SEPAHTU - SHUIB NAFI KERANA KONTROVERSI



"Saya memang dah buat keputusan untuk berehat seketika daripada industri hiburan termasuk komitmen dengan kumpulan Sepahtu sekali. Keputusan yang saya buat bukan disebabkan kontroversi yang melibatkan diri saya sepanjang tahun lalu," demikianlah jelas pelawak dan penyampai radio, Shuib.

Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisudin itu memaklumkan mahu berehat seketika daripada dunia seni termasuk penglibatannya dalam kumpulan Sepahtu selepas mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada Hot FM.

Pasti ramai yang merasakan keputusan itu susulan kontroversinya sebelum ini, namun Shuib, 37, menafikan dan berkata dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap peniagaannya yang semakin berkembang maju.

Klik untuk gambar besar



Bakal bersiaran buat kali terakhir di Hot FM pada Jumaat ini, Shuib berkata agar sukar untuk meninggalkan kerja sebagai penyampai namun terpaksa membuat keputusan tersebut.

"Sukat sebenarnya untuk saya lepaskan kerja di sini tapi ia agak susah untuk saya fokus pada bisnes pula. Sebab kerja penyampai segmen pagi, seawal 4 pagi dah bangun dan kadang-kala sampai petang masih berada di stesen radio. Bila saya buat pengumuman nak berhenti, baru saya tahu ramai juga yang suka dengar coloteh saya di Hot FM," katanya lagi.



Sementara itu, Sarah, 37, berkata dia sentiasa menyokong keputusan yang dibuat suaminya: "Saya memang sentiasa menyokong keputusan yang dibuat oleh suami. Kalau dia dah buat sesuatu keputusan itu, lagi-lagi melibatkan perkara besar macam ini maknanya memang dia dah fikir habis-habisanlah tu.

"Setahu saya ini bukan kali pertama dia pernah cakap dia nak berhenti dan sekarang dia memang dah betul-betul nekad.Sebagai isteri, saya akan ikut sahaja apa yang dia mahu lakukan," ujar Sarah.

Shuib menyertai Hot FM pada bulan Februari 2019. Sebelum itu, dia terlebih dahulu menyertai Sinar FM selama dua tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya. Selain Shuib, kumpulan Sepahtu turut dianggotai oleh Jep, Rahim dan Pak Ya.




www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: