Pelakon Datin Diana Danielle baru-baru ini menerusi Instagram Stories miliknya telah berkongsi satu entri dimana individu itu memberitahu ayahnya telah menamakan adik perempuannya yang baru dilahirkan ini sempena nama dirinya iaitu 'Nur Diana Danielle'.
Menurut individu dengan nama Instagram @irahhhh_, ayahnya terlalu meminati Diana, sebab itulah bayi tersebut diberi nama sedemikian.
Isteri kepada pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Farid Kamil itu dilihat telah memberi respon positif dan turut meluahkan rasa terharu dan mendoakan agar bayi tersebut menjadi anak yang solehah dan berjasa pada kedua ibu-bapanya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram SDiana Danielle
________________________

No comments:
Post a Comment