17 January 2021

PERTUNANGAN 10 TAHUN BERAKHIR - AMYLEA TOLAK BEKERJASAMA DENGAN FAROUK



Semua sedia maklum mengenai hubungan antara penyanyi dan komposer Amylea Azizan dengan komposer Farouk Roman yang kini sudah terlerai setelah 10 tahun bertunang.

Mengulas kisah hubungan cintanya yang bernoktah, Amylea berkata yang dia tidak mahu memanjangkan punca perpisahan yang berlaku. Malah katanya, dia tidak akan bekerjasama dengan Farouk seperti sebelum ini dalam penciptaan lagu.

"Saya tidak akan bekerjasama dengan Farouk Roman dalam penciptaan lagu seperti sebelum ini. Putus tunang selama 10 tahun, putus juga kolaborasi. Saya kini mahu fokus ke depan. Setakat ini, saya tiada perancangan untuk terus berkolaborasi dengan Farouk seperti dilakukan sejak 2018.

"Jika ada pun mungkin kolaborasi yang sudah dilaksanakan sebelum ini. Saya kini optimis dan sibuk dengan kerja sendiri. Ada beberapa projek sedang dilunaskan membabitkan penyanyi lain. Saya tak kekok kerana sudah biasa bekerja sendirian. Hidup kena diteruskan, saya tak mahu larut dengan kesedihan yang tak perlu," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Farouk mengesahkan hubungannya dengan Amylea sudah terlerai selepas lebih sedekad bersama. Keretakan hubungan mereka sudah dihidu, sejak tahun lalu, namun mereka masih bersikap profesional ketika bekerjasama.

Kini, Farouk mahupun Amylea dilihat sudah 'unfollow' dalam laman Instagram. Malah, Farouk sudah berani berkongsi gambar kekasih barunya.

"Kami sudah tidak bersama lagi. Bagaimanapun, saya dan Amylea masih profesional dalam soal kerja mahupun kolaborasi muzik. Saya dan Amylea tidak menyimpan dendam atau bermusuh. Apa yang penting, kami sudah 'move on' dan mendoakan kebahagiaan masing-masing. Saya terbuka untuk terus menjalinkan kerjasama secara profesional biarpun hubungan peribadi sudah berakhir," katanya.





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Amylea Azizan & Farouk Roman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: