20 January 2021

DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA BERPAKAIAN WANITA - SAJAT MENGAKU TIDAK BERSALAH



Mengaku tidak bersalah!

Demikian pengakuan Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat apabila dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini, atas pertuduhan berpakaian seperti wanita.

Perbuatannya itu menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita, yang dibaca di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Sajat didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sajat kemudian dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dan mahkamah menetapkan 23 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Untuk info, gara-gara tangkapanya itu, metizen menjadi gempak apabila rakaman video memaparkan dia menangis teresak-esak dalam keadaan bergari tular di media sosial.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: