15 January 2021

ISTERI NABIL AHMAD KINI BERTUDUNG - PEMINAT PUJI, DOAKAN TERUS ISTIQAMAH



Baru-baru ini menerusi muat naik terkini di laman Instagram, isteri kepada pelawak dan pengacara Nabil Ahmad iaitu Nazira Ayub atau Zira dilihat tampil dengan imej bertudung. Penampilan baru Zira itu telah mencuri tumpuan netizen.

Zira, 32, telah berkongsikan sebuah video aplikasi TikTok yang diambil bersama anak sulungnya, Naira Mikayla untuk tontonan pengikut media sosialnya.

Dia yang dilihat sedang menari dan membuat mimik muka comel bersama anaknya itu tampil mengenakan tudung berupa selendang berwarna putih. Ketika meninjau entrinya sebelum ini, Zira ada memuat naik foto dirinya berhijab sejak beberapa hari yang lalu.

Klik untuk gambar besar



Meninjau ruangan komen pula, bekas pramugari AirAsia ini telah menerima banyak pujian daripada peminat serta ada yang mendoakan agar wanita ini terus istiqamah menutup aurat dengan sempurna.

Untuk makluman, Nabil dan Zira telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 yang lalu dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 8, Layla Medyna, 5 dan Mishall Imani yang kini berusia 2 tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram @nabilzira

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: