15 January 2021

TERIMA PANGGILAN DARIPADA POLIS, RAMAI COMPLAIN ISU MENARI - SANTESH SUNTING SEMULA



"Baru saja upload lagu Lockdown, tiba-tiba polis call kerana dalam video muzik saya ada visual pegawai polis sedang menjalankan tugas. Jadi saya terpaksa sunting semula video berkenaan dan buang scene yang ada polis tu... risau mendatangkan masalah pula," demikianlah kata penyanyi Santesh.

Penyanyi 'Amalina' itu berkata dia dihubungi pihak polis gara-gara muzik video single terbaharunya berjudul Lockdown yang dimuat naik di saluran YouTube pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu.

Cerita Santesh, dia ditegur pegawai daripada pasukan keselamatan itu gara-gara memasukkan visual anggota mereka yang sedang bertugas dengan suntingan yang memberi gambaran seperti menari.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Santesh

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: