15 January 2021

TERIMA SUNTIKAN KEDUA VAKSIN COVID-19 - SASHA & SUAMI ALAMI ALAHAN RINGAN



Penyanyi Sasha Saidin, 45, menerusi satu muat naik terbaru di laman Instagram miliknya telah memaklumkan dia dan suaminya, Sirhan Wahab sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinopharm dengan mengambil dos kedua pada Rabu, selepas 21 hari menerima suntikan pertama.

Ujar anggota kumpulan Elite itu, dia menerima suntikan dos kedua yang merupakan booster atau penggalak itu di Hospital Emirates Field, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Dalam entri tersebut, Sasha turut berkongsi keadaan dia dan suami yang berasa letih dan mengalami sakit kepala selepas menerima suntikan tersebut.

"Alhamdulillah semalam Sirhan dan saya sudah melengkapkan vaksin Sinopharm dengan mengambil dos kedua selepas 21 hari menerima suntikan pertama di Hospital Emirates Field di UAE.

Klik untuk gambar besar



"Kami dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas bahawa dos kedua ini sebenarnya lebih kepada (berfungsi sebagai) booster (penggalak) dan lebih 'ringan' berbanding dos pertama yang diambil sebelum ini.

"Sebaik pulang ke rumah dari pusat vaksin, saya berasa letih dan mengantuk manakala Sirhan sakit kepala. Namun selepas makan ubat paracetamol dan tidur sekejap, sebelum petang badan kami sudah berasa kembali okay seperti biasa.

"Buat masa ini, kami berdua baik sahaja, biarpun terus memantau keadaan antara satu sama lain. Kami sudah kembali menjalani rutin seperti biasa hari ini (Khamis)," katanya.



Kakak kepada pelakon Zain Saidin ini berkongsi pengalaman tersebut menerusi laman Instagram. Sasha dan suaminya yang juga ahli perniagaan itu kini menetap di UAE selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Januari tahun lalu.

Dalam pada itu, Sasha mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan UAE yang berterusan bertungkus lumus melawan pandemik Covid-19.

Malah, Sasha juga mengagumi kerja keras barisan hadapan iaitu doktor, jururawat dan petugas kesihatan di hospital tersebut yang masih mampu melakukan tugas dengan baik biarpun dalam keadaan kepenatan.


"Sekali lagi kami ingin berterima kasih kepada @ministryofhealthuae yang bertungkus lumus melawan pandemik serta menyediakan vaksin percuma untuk seluruh penduduk di UAE.

"Dua kali pergi hospital itu, kami melihat doktor, jururawat dan petugas di sana dalam keadaan keletihan menguruskan beribu pesakit setiap hari namun masih tetap menjalankan tugas dengan baik.

"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bekerja keras membantu menghasilkan vaksin dan terima kasih atas doa anda semua serta kami juga mendoakan anda dalam keadaan baik," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sasha Saidin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: