15 January 2021

DEDAH DATUK PANGGILNYA DENGAN NAMA FARIDAH - AISYAH JELASKAN SEBAB



Penyanyi Aishah dalam satu hantaran yang di laman Instagram telah berkongsi gambar kenangan bersama arwah datuknya. Kata penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu, biarpun arwah datuknya sudah tiada, memori yang dicipta mereka berdua merupakan kenangan yang membuai rasa rindu kepadanya.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, dalam masa sama turut mendedahkan bahawa arwah datuknya ketika hayat tidak pernah memanggil dirinya dengan nama sebenar.

Sebaliknya, kata Aishah, arwah yang dipanggil sebagai 'Tok Bapak' itu lebih gemar memanggilnya dengan nama Faridah yang seolah-olah satu nama yang cukup asing kedengaran.

Klik untuk gambar besar



Jelas bekas juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu lagi, kemungkinan arwah datuk mengimpikan agar dirinya untuk bergelar seorang qariah mengikut jejak langkah Faridah.

"Melihat gambar family mencetus berbagai perasaan dan juga kenangan. Sudah tentunya ada perasaan rindu kepada mereka yg telah tiada. Sebelah gambar I tu arwah tok bapak I.

"I ada only a few memories with him kerana bila tok bapak meninggal I masih kecil sgt. Yg I ingat, selalu pegang tangan tok. Suka sangat dia suruh I pimpin dia.


"And tok bapak I, seingat I, tak pernah panggil I Aishah not even Nor Great way to confuse a child Arwah tok bapak used to call me Faridah hahahahah How about that for confusion!!!.

Kenapa??? Kerana arwah tok bapak suka sgt dengar qariah Kelantan Hjh Faridah Mat Saman mengaji. I guess he had hopes that maybe one day cucu dia kot kot boleh jadi qariah.

"Allahu I wonder what he would think that his little 'Faridah' grew up to be a singer Anyway, Al Fatihah kepada semua family yg sudah tiada," tulis Aishah.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aishah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: