22 January 2021

KELUARGA FYNN JAMAL POSITIF COVID-19 - KONGSI CABARAN JAGA BAPA BERUBAH 'NYANYUK'



Menerusi entri di laman Instagram, penyanyi Fynn Jamal telah memuat naik kisah dimana dia akhirnya terbuka berkongsi cerita mengenai ahli keluarganya yang disahkan positif Covid-19. Kata Fynn, selain bapanya yang berusia 71 tahun, datuk (95), adik (35) dan anak saudaranya (10) positif virus berkenaan.

"Kami suspek abah dapat masa pergi menyantuni atok yang patah kaki, seluruh kerabat kena swab. Keputusannya; abah (71), atok (95), achik (37), anaknya (10) positif. Siasat punya siasat, mereka kluster dari JB. Alhamdulillah abah dan atok tak ada jangkitkan sesiapa. Tapi kami kena kuarantin la 2 minggu," kongsi Fynn.

Selepas dibawa ke Hospital Kluang, bapanya dibenarkan keluar lebih awal setelah 11 hari dikuarantin. Namun, sepanjang tempoh sebulan, bapanya berubah menjadi 'Individu' lain.

"Sebab abah memang sampai sudah tak ada simptom, cuma virus ada dalam dia. Jadi apabila, virus sudah tiada dia boleh balik. Aku dan ibu saksikan dia jadi orang lain sepanjang sebulan tu. Untuk bahasa mudah abah nyanyuk, merapik dan bukan-bukan. Tapi ada kejap-kejap dia ok tapi 70% out.

Klik untuk gambar besar



"Tak boleh tidur dan perlukan constant observation. Bayangkan la tiba-tiba berlegar pakai boxer je depan kami anak dan cucu (kami keluarga yang menjaga aurat so this has never happened)," kata Fynn yang kemudiannya menjaga bapanya selepas dirinya sendiri habis kuarantin.

Tambah Fynn, setiap hari dia akan pastikan untuk menelefon kedua-dua orang tuanya untuk memantau keadaan mereka di kampung.

"Alhamdulillah, selepas sebulan abah keluar dari hospital baru nampak abah yang dulu beransur pulih perlahan-lahan. Borak dengan kawan-kawan frontliners, rupanya memang ramai kes macam abah. Kenyanyukan. Lupa fungsi motor, dah tak ada virus pun mental fizikal dah tak berapa sama. Makan masa untuk betul-betul jadi dia yang dulu," ujarnya lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fynn Jamal

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: