22 January 2021

BILA ERRA FAZIRA KONGSI FANGIRL MOMEN DENGAN JAGUH BADMINTON NEGARA



"Saya ni peminat DLCW (Datuk Lee Chong Wei) tapi bila dia main kat court sebelah, saya jadi jam!! Nak pukul bola pun tak kena. Acanner tu?! Buat malu je Fazira ni," kata pelakon dan penyanyi Erra Fazira yang tidak dapat menyembunyikan rasa teruja sewaktu berpeluang bertemu dengan idolanya iaitu jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Mengimbas kembali kenangan tersebut, Erra menceritakan dirinya menjadi tidak tentu arah sebaik sahaja melihat kehadiran figura terkenal itu.

"Nak ambik gambar pun saya malu.. nasib baik laaa ada kawan yang memang sejenis bulldozer.. saya orang terakhir dapat bergambar dengan DLCW! Nasib baik ada mask dapat laaa cover muka ku yang dah macam belacan kena bakar.

"Malu weyyy.. siapa yang kenal saya, tahu lahhh betapa pemalu nya saya.. esp towards someone yang saya admire," coretnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Erra juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan dan usaha beliau mengharumkan nama negara.

"Anyway DLCW I just want to say.. Thank you and congratulations on all your achievements throughout all the years. U definitely have made us all proud," tuturnya lagi.

Sekadar info, Datuk Lee Chong Wei menjadi atlet pertama Malaysia yang memiliki patung lilin di Madame Tussauds, Hong Kong. Malah filem Lee Chong Wei yang berkisarkan tentang kisah hidup beliau juga mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Erra Fazira

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: