22 January 2021

"MAAFKAN SAYA YE TIDAK DAPAT MEMBANTU RAMAI LAGI" - USTAZ EBIT LEW



Ustaz Ebit Lew menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi satu status dimana dia membeli 100 unit tablet untuk diberikan kepada pelajar susah yang memerlukan. Perkara tersebut telah membuatkan nama pendakwah popular itu sejak semalam telah menjadi perhatian ramai.

"Pohon doakan yer. Baru beli 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan," katanya sebelum ini.

Menerusi perkongsian terbaru, Ustaz Ebit berasa sebak kerana hanya mampu menyediakan sebanyak 100 unit sahaja tetapi dia menerima hampir 43 ribu mesej daripada mereka yang memerlukan tablet untuk anak belajar.

Bukan itu sahaja, Ustaz Ebit turut menerima ribuan permohonan sumbangan keperluan harian seperit kerusi roda dan van jenazah dari pelbagai bangsa, negeri. Ada yang hilang pekerjaan serta golongan kelainan upaya (OKU).

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut memohon maaf kerana tidak dapat membantu ramai orang serta berharap agar dosanya diampunkan. Ustaz Ebit pada masa sama berdoa agar mereka yang benar-benar berada dalam kesusuhan diberikan bantuan dan dipermudahkan urusan oleh Allah.

"Sayu hati rasa. Dalam separuh hari sahaja 43 ribu mesej dan 43 ribu orang perlu Tab untuk anak belajar. Ramai juga yang OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu, kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri. Permintaan kerusi roda yang perlu lagi 8 ribu kerusi roda. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak.

"Maafkan saya ye tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah," tuturnya.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan perkongsian pendakwah itu serta mendoakan agar dimurahkan rezeki supaya dapat membantu mereka yang memerlukan.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Ustaz Ebit Lew

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: