22 January 2021

NASIB ANAK ANGKAT - SAJAT BIMBANG JIKA MEREKA DIBULI GARA-GARA DIRINYA



"Adik abang, Ummi risau pasal adik dan abang. Ummi tak nak adik dan abang kena buli macam Ummi kerana Ummi, itu anak siapa... Ummi memikir sangat-sangat hal ini. Ummi risau abang dan adik diejek, dikata disebabkan Ummi. Maafkan Ummi abang dan adik.

"Ummi sedih bila jadi macam ini, Ummi sayang abang dan adik, maafkan kalau Ummi tak sempurna," demikianlah luah usahawan kosmetik Sajat menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah meluahkan rasa bimbang akan nasib yang bakal menimpa dua orang anak angkatnya yang kini sedang membesar bersamanya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Sajat, sebolehnya dia tidak mahu anak-anak angkatnya itu terpalit menjadi mangsa keadaan hanya kerana mereka dibesarkan oleh dirinya yang sering menjadi mangsa cercaan.

Dalam entri berkenaan, Sajat berkongsi gambar sepasang anak angkatnya yang diberi nama Syahmi dan Syaza yang kini menginjak usia lima tahun.



Pada masa sama, Sajat turut meninggalkan pesanan kepada kedua-dua anak angkatnya itu agar membesar menjadi insan yang sentiasa menghormati orang lain.

"Buat anakku yang kucintai, Ummi harap anak Ummi besar jadilah anak yang sentiasa menghormati semua orang. Tak kira sesiapapun sayang. Hormatilah sebanyak mana pun," tuturnya.

Baru-baru ini, Sajat telah mencuri tumpuan ramai apabila berdepan pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor ekoran dakwaan salah laku berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah majlis keagamaan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sajat

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: